Tukang kasut ditemui mati terbakar

Iklan
Mayat mangsa dibawa ke HUKM untuk sedah siasat, hari ini.

AMPANG - Seorang tukang kasut ditemui mati dengan kesan melecur pada badannya di taman permainan Jalan Teratai 2/4 Taman Bukit Teratai, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu selepas menerima panggilan daripada orang awam pada jam 7.22 pagi tadi.

Iklan
Iklan

"Sepasukan anggota yang sampai di lokasi mendapati mangsa, berusia 70 tahun dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri.

"Mangsa yang bekerja sebagai tukang kasut didapati melecur pada bahagian badan hingga paha. Dia dipercayai bertindak membunuh diri dengan menggunakan bahan bakar dan pemetik api," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Iklan

Beliau berkata, setakat ini tiada unsur-unsur jenayah ditemui di tempat kejadian dan mayat warga emas berkenaan dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga laporan bedah siasat diterima," katanya.

Iklan