Covid-19: Berita palsu jejas pendapatan peniaga

Iklan
Gerai di Pusat Komuniti Kempas yang lengang.

JOHOR BAHRU - Peniaga gerai di Pusat Komuniti Kempas di sini kesal dengan penyebaran berita palsu yang mengatakan Kempas berada dalam zon merah wabak koronavirus (Covid-19) seperti mana tular di media sosial sejak kelmarin.

Mohd Yunan Abdullah, 56, berkata, penyebaran berita palsu itu menyebabkan pendapatannya terjejas.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sejak semalam gerainya yang menjual lauk dan nasi campur kurang dikunjungi pelanggan.

"Pendapatan saya terjejas hampir 30 peratus. Biarpun di sini banyak kilang, namun sejak berita palsu itu tersebar orang ramai mula takut.

Iklan

"Berita yang tular itu umpama mencurah pasir ke periuk nasi kami. Kami berharap mereka yang tidak bertanggungjawab tularkan berita itu dikenakan tindakan sewajarnya," katanya ketika ditemui Sinar Harian hari ini.

Mohd Yunan Abdullah,

Banon Mohd, 58, pula berkata, beliau amat terkejut dengan penyebaran berita itu yang mengakibatkan pelanggan di gerainya kurang sejak semalam.

Iklan

"Tidak penah berlaku begini kerana sebelum ini pelanggan sentiasa datang, tetapi sejak berita itu tular memang jualan terjejas sebab pelanggan kurang," katanya.

Bagaimanapun Banon berkata, setakat ini gerainya masih dibuka seperti biasa walaupun jumlah pelanggan kurang.

Katanya, pengecualian bayaran sewa bulanan gerai sebanyak RM250 sebulan oleh Majlis Bandaraya Johor Bharu (MBJB) sejak Mac lalu banyak membantunya ketika jualannya terjejas ketika ini.

Sejak kelmarin tular rakaman audio suara mendakwa kawasan Kempas dikategorikan zon merah di mana dua buah sekolah telah dikenakan kuarantin termasuk Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) di Kempas di mana empat murid dan seorang guru disahkan positif Covid-19.

Namun menurut Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) semalam, Kempas dikategorikan sebagai zon kuning.