Temui ajal ketika tanam sayur

Iklan
Mayat mangsa dibawa ke HPP untuk bedah siasat.

GEORGETOWN - Seorang lelaki menemui ajal ketika sedang menanam sayur di kebun berhampiran kawasan Stesen Tengah Bukit Bendera, Ayer Itam di sini pagi tadi.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong, Penolong Penguasa Bomba Muzamer Mohd Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.50 pagi berhubung kejadian tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, lelaki dikenali sebagai Chee Yew Huat berusia 57 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Bomba dan polis yang menerima panggilan terus ke lokasi kejadian. Jarak dari kaki bukit ke lokasi mangsa adalah 800 meter.

Iklan

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan dibawa turun ke kaki bukit dengan menggunakan 'stretcher'. Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Tambahnya, operasi menyelamat tamat pada jam 12.44 tengah hari tadi.

Iklan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Menurutnya, polis sedang menunggu keputusan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian mangsa yang masih bujang itu.

"Adik mangsa berusia 50-an yang menyedari kejadian tersebut telah menghubungi polis untuk bantuan.

"Bagaimanapun, setelah anggota polis dan bomba tiba di lokasi kejadian, mangsa sudah meninggal dunia. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat," katanya.

Tambah beliau, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR), namun siasatan masih dijalankan.