Suhakam junjung titah Agong tidak laksana darurat

Iklan
Kenyataan media Suhakam.

SHAH ALAM - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyambut baik dan menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas keputusan tegas dan berhemah untuk tidak mengisytiharkan darurat di negara ini.

Suhakam dalam satu kenyataan hari ini berkata, bahaya pandemik koronavirus (Covid-19) di negara ini masih berlanjutan dan ini memerlukan kerjasama serta usaha semua pihak untuk memerangi wabak tersebut.

Iklan
Iklan

Dalam hal ini, menurutnya, amat penting bagi setiap orang untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan langkah-langkah yang ditetapkan supaya jangkitan Covid-19 di negara ini dihentikan.

"Selaras dengan titah Seri Paduka Baginda dalam kenyataan media Istana Negara semalam, Suhakam menyeru rakyat kekal bersatu dalam memerangi gelombang ketiga pandemik Covid-19.

Iklan

"Selari dengan mandat dan fungsinya, Suhakam juga bersedia untuk membantu kerajaan dalam mempromosi dan melindungi hak asasi manusia dalam situasi wabak Covid-19 ini," katanya.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong bertitah tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di negara ini buat masa ini.

Iklan

Menurut satu kenyataan dari Istana Negara, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, keputusan itu dibuat hasil perbincangan dalam mesyuarat khas Raja-raja Melayu di Istana Negara semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Yang di-Pertuan Agong tolak cadangan darurat