Kebakaran hutan California: Lebih 60,000 penduduk dipindahkan

Iklan
Anggota bomba memadam kebakaran hutan di Irvine, Calif. Angin kencang mengakibatkan api marak dengan cepat hingga mamaksa kerajaan tempatan memindahkan 60,000 orang ke kawasan selamat. - Foto AP

WASHINGTON - Kira-kira 60,000 penduduk di California, tenggara Los Angeles dipindahkan berikutan kebakaran hutan yang berlaku di kejiranan Orange County sejak Isnin pagi, lapor Agensi Anadolu.

Kebakaran membabitkan kira-kira 1618 hektar kawasan, menurut pegawai tempatan.

Iklan
Iklan

Penduduk di sekitar lokasi kejadian turut dinasihatkan supaya mematuhi arahan berpindah. Setakat ini, 20,000 dipindahkan.

"Bandar Irvine dijadikan pusat penempatan sementara untuk penduduk yang terjejas,” kata Datuk Bandar Irvine Christina Shea dalam satu kenyataan.

Iklan

Kira-kira 500 anggota bomba dikerahkan untuk membantu memadamkan api.

Usaha memadam kebakaran berdepan cabaran berikutan angin kencang dengan kelajuan mencecah 97-113 kilometer sejam.

Iklan

Keadaan itu juga memaksa operasi udara dihentikan buat sementara waktu, menurut pihak berkuasa kebakaran Orange County. - Bernama