Semua wakil rakyat perlu sokong Bajet 2021

Iklan
Mohd Zolkafly

IPOH - UMNO Perak menggesa semua wakil rakyat menyokong pembentangan Bajet 2021 pada 6 November ini demi kesejahteraan rakyat dan negara.

Ketua Penerangannya, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, pemimpin parti juga harus menghentikan permainan politik yang boleh membuatkan rakyat kecewa dengan mandat yang telah diberikan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, setiap tindak tanduk sebagai wakil rakyat perlu diadakan secara musyawarah dengan memikirkan kebajikan dan kepentingan rakyat.

"Semua pemimpin parti politik di setiap peringkat harus akur dan mentaati keputusan Yang di-Pertuan Agong untuk tidak meneruskan polemik politik yang boleh menggugat dan menghimpit kehidupan rakyat.

Iklan

"Kerajaan juga harus bersama dengan rakyat dalam memerangi penularan pandemik koronavirus (Covid-19) yang semakin meningkat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Zolkafly berkata, keputusan Majlis Raja-raja Melayu amat tepat dengan tidak mengisytiharkan darurat.

Iklan

"Seri Paduka Baginda dan Raja-raja Melayu dapat merasakan denyut nadi rakyat yang menanggung kesempitan hidup akibat daripada (koronavirus) Covid-19 dari segi kedudukan ekonomi dan kehidupan seharian.

"Semua pihak perlu mengambil iktibar dan menghormati Institusi Raja Berperlembagaan di mana setiap cadangan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku penasihat akan didengari," katanya.