Mayat warga emas ditemui terapung

Iklan
Lokasi pencarian dilakukan selepas menemui barangan peribadi disusun di kunci air di Parit 12. - FOTO: Ihsan Bomba

TELUK INTAN - Seorang lelaki warga emas yang disyaki terjatuh ke dalam Sungai Batang Padang di Parit 12, Sungai Manik di sini semalam ditemukan lemas hari ini.

Mayat Woo Poh Meng, 69, dijumpai terapung di tebing sungai berkenaan oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira jam 10.52 pagi selepas dilaporkan hilang petang semalam.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan, Mohd Ismail Mohd Yunus berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira tiga kilometer dari lokasi dilaporkan terjatuh dan faktor air deras menyebabkan mangsa dihanyutkan lebih jauh.

"Operasi mencari digerakkan selepas menerima panggilan pada jam 7.33 petang semalam selepas menemui kasut, cermin mata dan kotak rokok dipercayai milik mangsa yang disusun rapi di tepi kunci air.

Iklan

"Lima bot digunakan untuk mencari mangsa selain menggunakan khidmat Pasukan Penyelamat di Air (PPDA). Bagaimanapun, mayat mangsa ditemui tersangkut di kawasan cetek," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Anggota bomba mendengar taklimat sebelum memulakan operasi mencari dan menyelamat hari ini. - FOTO: Ihsan Bomba

Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Iklan

Terdahulu, seramai 33 anggota bomba, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Pasukan Bomba Sukarela, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Pejabat Daerah dan Tanah Hilir Perak terlibat dalam operasi hari kedua yang bermula pada jam 8 pagi.