Armada Nasional sambut baik keputusan UMNO

Iklan
Wan Ahmad Fayhsal memaklumkan Armada Nasional menyambut baik keputusan UMNO untuk terus meyokong kerajaan PN

SHAH ALAM - Angkatan Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyambut baik kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk terus menyokong kestabilan politik di bawah naungan kerajaan Perikatan Nasional (PN) selari dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ketua Armada Nasional Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, semua pihak perlu istiqamah termasuk memulakan dialog ke arah sebuah rekonsiliasi nasional untuk kebaikan dan kesejahteraan rakyat.

Iklan
Iklan

"Armada Bersatu Malaysia mengulangi komitmen untuk terus mengukuhkan kerjasama bersama Dewan Pemuda Pas dan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia demi perpaduan ummah yang menjadi teras kejayaan politik negara khususnya dalam kalangan anak muda Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Tambahnya, sebagai sayap pemuda parti yang memperjuangkan kepentingan bersama, amat penting untuk Armada bersama kepimpinan pemuda Pas dan UMNO untuk mulai duduk semeja demi kepentingan anak bangsa yang menaruh harapan tinggi kepada mereka.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: UMNO kekal sokong kerajaan PN, tolak kerjasama PKR, DAP

Terdahulu, Majlis Kerja Tertinggi UMNO mengadakan mesyuarat selama empat jam bermula jam 8.30 malam tadi sebelum mencapai kata sepakat untuk kekal menyokong kerajaan PN.

Iklan

Ahmad Zahid selaku Presiden UMNO juga memberitahu Majlis Kerja Tertinggi UMNO mengekalkan keputusan terdahulu tanpa kerjasama PKR dan DAP.