SPRM siasat dua individu terima habuan tender katering

Iklan
Wanita berusia 49 tahun itu direman selama sehari bagi membantu siasatan berhubung penerimaan habuan kewangan daripada sebuah katerer.

SUNGAI PETANI - [DIKEMAS KINI] Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman dua individu berusia 36 tahun dan 49 tahun bagi membantu siasatan berkaitan penerimaan habuan kewangan untuk mendapatkan tender katering pada tahun 2019.

Permohonan reman berlangsung di hospital hari ini berikutan suspek lelaki yang berusia 36 tahun kini sedang mendapatkan rawatan di hospital manakala suspek wanita direman di Mahkamah Sungai Petani.

Iklan
Iklan

Perintah dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Sungai Petani, Dalilah Ismail yang membenarkan suspek wanita direman selama satu hari manakala perintah reman seorang lagi suspek dibenarkan selama dua hari.

Kedua-dua suspek ditahan kira-kira jam 6 petang di Pejabat SPRM Sungai Petani semalam.

Iklan

Mereka merupakan pekerja sebuah syarikat di Gurun itu dipercayai melakukan perbuatan itu bagi memastikan sebuah katering dipilih sebagai katerer bagi majlis anjuran di tempat mereka bertugas.

Suspek itu dipercayai mendapatkan RM2,000 secara bulanan sebagai balasan dengan nilai keseluruhannya dianggarkan mencecah RM30,000.

Iklan

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.