Najib usik Khalid lagi, kali ini isu kontrak bersih sungai

Iklan
Kritikan Najib terhadap Khalid berhubung pemberian kontrak menerusi cabutan nombor

SHAH ALAM - Bekas Perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat terus mengkritik Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad.

Terbaharu, menerusi hantaran di Facebook, Najib mengkritik cara pemberian kontrak bagi projek membersih sungai yang dilakukan melalui kaedah cabutan nombor.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, Khalid menyatakan projek-projek yang mempunyai lebih daripada satu pembida kaedah cabutan nombor akan dilakukan bagi memilih kontraktor.

"Ia dibuat melalui cabutan. Cabutan maknanya macam Sports Toto. Ambil nombor ini, masuk panel dia pusing-pusing keluar.

Iklan

"Pusing-pusing sampai keluar kata Menteri PH ini tanpa menghirau rakyat sudah pening," katanya hari ini.

Semalam dalam perjumpaan dengan media, Khalid menafikan dakwaan yang menuduh beliau dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan menganugerahkan projek membersihkan sungai tanpa melalui proses tender yang telus.

Iklan

Jelasnya, apa yang difahamkan adalah proses cabutan berkenaan dibuat bagi memecahkan kartel yang dikawal Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dalam menganugerahkan kontrak.