Empat kru kapal Dayang Topaz hilang, dijumpai

Iklan
Laporan Sinar Harian hari ini.

PUTRAJAYA - Empat kru kapal Dayang Topaz yang dilaporkan hilang ketika kejadian kapal karam di perairan 7.7 batu nautika dari Kuala Baram, Miri, Sarawak ditemui selamat.

Mereka antara 124 anak kapal yang terjun ke laut dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi tadi yang ditemui berhampiran lokasi.

Iklan
Iklan

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, ketika kejadian jumlah anak kapal adalah seramai 187 orang.

"Daripada 125 anak kapal yang terjun ke laut seorang meninggal dunia, manakala 62 yang berada di atas Dayang Topaz diselamatkan kapal penyelamat.

Iklan

"Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti identiti mangsa yang meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Seorang maut, empat hilang kapal karam

Iklan

Menurutnya, berdasarkan maklumat awal kejadian dipercayai berpunca daripada salah satu kabel sauh kapal Dayang Topaz terputus berikutan cuaca buruk.

Kapal berkenaan tidak dapat dikawal sebelum hanyut melanggar platform pelantar Minyak Beram B.

Antara kerosakan kapal Dayang Topaz selepas melanggar platform pelantar Minyak Beram B.

Pusat Koordinasi Mencari dan Menyelamat (MRCC) Putrajaya sedang bekerjasama dengan syarikat carigali minyak Petronas, Shell, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), National Search Coordination Center (NSCC) Brunei dan komuniti nelayan tempatan.

Aset yang terbabit KM Siagut, KM Siakap dan Bot Penggalang 23 kini berada di lokasi kejadian untuk memantau keselamatan mangsa dan aset-aset SAR.

Keadaan laut di tempat kejadian dilaporkan masih bergelora dengan ketinggian mencecah 3.5 hingga 4 meter.