Peluang Spurs raih pencapaian istimewa

Iklan
Harry Kane

KAPTEN Tottenham Hotspur, Harry Kane percaya pasukannya itu berupaya untuk meraih pencapaian istimewa musim ini selepas mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Burnley dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Turf Moor awal pagi tadi.

Menurutnya, Spurs telah menunjukkan potensi mereka dengan penampilan cemerlang termasuk keputusan tanpa kalah dalam 10 perlawanan terakhir yang dilalui mereka.

Iklan
Iklan

"Saya dapat rasakan bahawa kami berada pada tahap terbaik ketika ini. Kami semua telah bersama dalam pasukan untuk tempoh yang lama sehingga empat atau lima tahun.

"Ia menjadikan kami sangat serasi dan sangat berpengalaman beraksi bersama dalam setiap perlawanan. Saya yakin kami mampu meraih sesuatu yang istimewa musim ini jika terus mempamerkan aksi konsisten," katanya.

Iklan

Spurs bermula hambar dalam saingan EPL musim ini selepas tewas dalam aksi pembukaan kepada Everton, namun bangkit untuk terus mencipta kemenangan dalam semua kejohanan termasuk mara ke saingan suku akhir Piala Liga Inggeris.

Jelas Kane, kekalahan kepada Everton pada aksi pembukaan liga itu memberikan kejutan kepada Spurs dan para pemain menunjukkan reaksi positif untuk kembali cemerlang dalam setiap perlawanan.

Iklan

"Ia jelas apabila anda beraksi dalam EPL atau kejohanan lain, anda perlu berjuang untuk setiap mata dan keputusan. Kami tidak boleh terlepas sebarang mata penting yang akan menjadi penentu ketika penghujung saingan," katanya.

Kedudukan terkini EPL pada permulaan memperlihatkan sesuatu yang luar biasa apabila pasukan besar seperti Chelsea, Arsenal, Manchester United dan Manchester City berada di kedudukan pertengahan liga.

Ia sekali gus berkemungkinan saingan EPL kali ini akan menyaksikan pasukan bukan pilihan muncul juara dengan kelab seperti Everton, Leeds dan Aston Villa kini menghuni kedudukan teratas liga.

Spurs juga berada di kedudukan kelima liga dengan persembahan baik mereka, namun Kane tidak mahu membicarakan terlalu awal mengenai kejuaraan liga.

"Ia masih terlalu awal. Kami perlu melihat satu perlawanan demi satu perlawanan. Kami mempunyai banyak perkara yang perlu dipelajari dan dikukuhkan," katanya.