Notis larang beri haiwan makan palsu: MPS

Iklan
Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menafikan pihaknya mengeluarkan sebarang notis larangan memberi makan kepada haiwan di kawasan medan selera seperti tular di media sosial semalam.

SELAYANG - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menafikan pihaknya mengeluarkan sebarang notis larangan memberi makan kepada haiwan di kawasan medan selera seperti tular di media sosial semalam.

Menurut notis tular itu, MPS tidak memberi kebenaran kepada mana-mana individu untuk membawa masuk atau memberi makan kepada haiwan peliharaan atau bukan peliharaan di persekitaran premis medan selera MPS atau berdepan denda RM300.

Iklan
Iklan

Bahagian Perhubungan Awam Jabatan Korporat MPS dalam satu kenyataan hari ini berkata, notis tersebut adalah palsu dan MPS tidak pernah mengeluarkan sebarang notis atau poster mengenainya.

"Satu siasatan akan dilakukan untuk memastikan individu terlibat dalam menyalah guna nama MPS dikenakan tindakan selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada.

Iklan

"MPS juga ingin memaklumkan kepada orang ramai untuk sentiasa menyemak kesahihan maklumat atau pengumuman terkini menerusi laman web atau laman sosial media MPS," kata kenyataan itu.

Semalam, Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia - SAFM menerusi Facebooknya berkongsi notis larangan tersebut selain menyifatkan tindakan itu sebagai zalim dan tidak berperikemanusiaan.

Iklan

Menurut status berkenaan, pihak SAFM telah menghubungi MPS bagi mendapatkan pengesahan berhubung perkara itu dan mendapati notis tersebut ditampal oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyalahgunakan nama MPS.

"Kami ingin memberi peringatan bahawa memberi makanan kepada haiwan tidak salah di sisi undang-undang.

"Kami berterima kasih atas kerjasama MPS dan berharap agar satu penyelesaian dapat dicapai menerusi kolaborasi NGO dan badan pengurusan bersama," kata kenyataan itu semalam.