'Islam agama toleransi tidak wajar dihina'

Iklan
NASRUDDIN HASSAN

SHAH ALAM - Umat Islam di negara ini tidak boleh memandang sepi dan mengabaikan kenyataan provokatif Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang dilihat sangat keterlaluan.

Menurut Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan hari ini, tindakan Macron bukan saja akan lebih menggalakkan Islamophobia, malah dikhuatiri akan membawa kepada lebih banyak ketegangan dan keganasan.

Iklan
Iklan

"Islam adalah agama yang toleransi, namun ia tidak wajar dihina.

"Malangnya, Macron telah mencipta kontroversi apabila beliau secara sinis menyatakan Islam adalah sebuah agama yang dilanda krisis di seluruh dunia,” katanya.

Iklan

Sebelum ini, Macron, mendedahkan akan berjuang untuk menentang kumpulan radikal Islam selepas tragedi seorang guru sejarah dipenggal pada 16 Oktober lalu kerana menunjukkan gambar Nabi Muhammad kepada pelajar.

Bagaimanapun, kenyataan pemimpin itu mengundang kritikan penduduk Islam seluruh dunia termasuk ada yang membakar gambar Macron di Syria dan Pakistan selain membakar bendera Perancis di ibu kota Libya, Tripoli.

Iklan

Malah, barang-barang buatan Perancis dilaporkan telah ditarik daripada rak-rak jualan pasar raya di Kuwait, Jordan dan Qatar.

"Tindakan ini adalah satu tindakan awal yang pantas dilakukan bagi menyentak keangkuhan Macron dan pemimpin sepertinya agar tidak lagi mengulangi perbuatan serupa,” katanya.

Sementara itu, Nasrudin berkata, beliau menyokong kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamed Al Bakri dalam suratnya kepada Duta Perancis di negara ini, bahawa keganasan adalah sesuatu yang sangat perlu dielakkan, terutamanya oleh golongan muda.

"Sebagai seorang pemimpin negara, Macron sepatutnya bertindak mencari jalan yang boleh membawa perdamaian untuk semua, bukannya menyiram petrol ke atas api yang membara.

"Suka ditegaskan, Islam ialah agama yang akan sentiasa memilih kepada keamanan dan kedamaian,” katanya.