ANKARA - Juara dunia acara larian 100 meter (m) lelaki, Christian Coleman, semalam dilarang menyertai sebarang kejohanan selama dua tahun kerana melanggar peraturan anti-doping, lapor Agensi Anadolu.
"Tribunal Disiplin menyokong tuduhan AIU dan mengenakan tindakan ke atas pelari pecut Christian Coleman dari Amerika Syarikat kerana melanggar peraturan anti-doping," tulis Unit Integriti Atlet (AIU) di Twitter.