Politiking melampau undang kebencian rakyat

Iklan
Khairul Firdaus

KOTA KINABALU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah menganggap 'politiking' melampau akan mengundang kebencian rakyat terhadap pemimpin politik.

Ketua Penerangannya, Khairul Firdaus Akbar berkata, titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah harus dijadikan panduan oleh semua pihak yang terlibat.

Iklan
Iklan

"Kerjasama dan perpaduan di antara pemimpin pembangkang juga harus dipergiatkan lagi demi rakyat Sabah supaya segala agenda pembangunan dapat berjalan dengan jayanya di negeri ini.

"Jika 'politiking' yang melampau pastinya akan mengundang kebencian rakyat terhadap pemimpin pemimpin politik. Maka dengan itu, titah Seri Paduka seharusnya dijadikan panduan dan seterusnya menjadi iltizam kepada semua pihak untuk kecemerlangan negeri kita," katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Iklan

Beliau berkata, Bersatu Sabah di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor cukup yakin dengan kerjasama antara parti komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

"Kerjasama ini pastinya boleh mencorakkan satu pembaharuan yang diingini oleh rakyat Sabah.

Iklan

"Kenyataan yang disampaikan oleh Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkaitan tidak perlunya Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri menunjukkan secara langsung beliau seorang pemimpin yang berjiwa besar dan meletakkan kepentingan rakyat mendahului segalanya," katanya.

Katanya, seiring dengan titah Seri Paduka, pemimpin politik wajar fokus pada perancangan untuk membangunkan masyarakat dalam keadaan menghadapi pandemik koronavirus (Covid-19) yang masih melanda negara.