Kenali asal-usul 'Orang Terengganu'

Iklan
Muhammad (kanan), Nor Aini (dua kanan) dan Muhammad Nasir (tengah) pada Program Read@Uni dan Program Bedah Buku "Orang Terengganu" di UMT.

KUALA NERUS - Penghasilan buku Orang Terengganu membolehkan rakyat negeri ini lebih mengenali asal-usul keturunan Melayu Terengganu yang mampu menjadi cerminan dan membentuk jati diri mereka.

Penyuntingnya, Prof Datuk Muhammad Abu Bakar berkata, hasrat itu merupakan antara tiga faktor utama yang mendasari pembikinan buku itu sekitar 10 tahun lalu sebelum ia berjaya untuk dihasilkan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, buku ini dapat menyatukan segala khazanah mengenai orang Terengganu dalam satu adunan membolehkan mereka mengenali siapa mereka.

"Selain dapat mengimbau sejarah, buku ini juga mengangkat tokok-tokoh sejarah yang pernah memberikan sumbangan besar kepada sejarah negeri Terengganu," katanya di Program Read@Uni dan Program Bedah Buku"Orang Terengganu" : Asal Usul, Arah Hidup dan Arah Tuju di Universiti Malaysia Terengganu, di sini, hari ini.

Iklan

Selain Muhammad, program turut dihadiri Naib Canselor UMT, Prof Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar dan menampilkan Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah sebagai moderator.

Program hampir dua jam itu mendapat sambutan luar biasa dari warga UMT malah kehadiran tetamu jemputan yang memenuhi dewan membuktikan bahawa penghasilan buku baharu perlu terus dibarakan.

Iklan