Produk ekstrak haiwan dari China dirampas

Iklan
Pegawai penguat kuasa Maqis menyita kontena bersama muatan produk ekstrak haiwan yang dibawa dari China kerana tidak memiliki permit import sah, hasil pemeriksaan di pintu masuk Pelabuhan Kuantan semalam.

KUANTAN- Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menyita 19,800 kilogram (kg) ekstrak hasilan haiwan (cecair) yang dibawa dari China di pintu masuk Pelabuhan Kuantan di sini semalam.

Pengarah Maqis Pahang dan Terengganu, Mohamad Nazrul Hizam Abdul Manaf berkata, rampasan itu dilakukan hasil pemeriksaan rutin yang dilakukan pegawai penguat kuasa Maqis lebih kurang jam 10.15 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hasil semakan mendapati barang dagangan yang dianggarkan bernilai RM204,921 itu tidak mempunyai permit import sah yang dikeluarkan oleh Jabatan Maqis.

"Kontena yang membawa dagangan itu disita dan kes disiasat mengikut di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3), akta yang sama.

Iklan

”Jika sabit kesalahan, pihak terlibat boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Cubaan membawa masuk produk ekstrak haiwan dari China tanpa permit import sah berjaya dipatahkan pihak Maqis hasil pemeriksaan di pintu masuk Pelabuhan Kuantan semalam.

Mohamad Nazrul berkata, pihaknya sentiasa menjalankan pemeriksaan bagi memastikan sebarang kemasukan keluaran pertanian ke negara ini mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan bagi menjamin biosekuriti negara.

Iklan

"Pada masa sama, keperluan permit import juga penting untuk memastikan syarat-syarat permit dipatuhi semasa pengimportan komoditi keluaran pertanian ke negara ini," katanya.