Covid-19: MAIK lanjut tempoh tangguh kuliah agama

Iklan
Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata,

KOTA BHARU - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) melanjutkan tempoh penangguhan mengadakan kuliah agama di seluruh masjid di negeri ini sehingga 30 Oktober bagi mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Yang Dipertua MAIK, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, sebelum ini MAIK telah mengeluarkan arahan supaya kuliah-kuliah agama dihentikan bermula 25 Oktober dan berakhir 27 Oktober.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan bagi negeri Kelantan dan Ketua Agama Islam Negeri sebagaimana peruntukan Perkara 6 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan telah mengampuni perkenan supaya penangguhan kuliah-kuliah agama di masjid-masjid seluruh negeri Kelantan dilanjutkan.

"Arahan berkenaan adalah mengambil kira peningkatan jumlah kes Covid-19 di seluruh negara termasuk di negeri Kelantan sejak akhir-akhir ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Iklan

Bagaimanapun beliau berkata, solat fardu dan solat sunat boleh dilaksanakan seperti biasa dengan mematuhi semua prosedur operasi standard pencegahan wabak Covid-19 yang telah dikeluarkan oleh MAIK sebelum ini.

Dalam pada itu, beliau juga mendoakan agar wabak Covid-19 yang sedang mengancam negeri dan negara pada masa ini segera berakhir dan diangkat oleh ALLAH SWT.

ARTIKEL BERKAITAN: Maik arah kuliah agama ditangguh mulai hari ini

Iklan