KUALA PILAH - Tiada kes positif koronavirus (Covid-19) yang dilaporkan di Klinik Bakti di sini seperti yang tular sejak pagi tadi di aplikasi WhatsApp yang mendakwa seorang pesakit Covid-19 dari Seremban telah mendapatkan rawatan di klinik itu pada 19 Oktober lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Kuala Pilah, Mohd Faizal Abdul Manap berkata, mesej yang tular itu mengarahkan pekerja HL Rubber untuk memaklumkan kepada pihak pengurusan syarikat jika pernah mendapatkan rawatan di tersebut pada atau selepas tarikh berkenaan.
Iklan
Iklan
" Mesej tersebut juga menyatakan jika anggota atau doktor bertugas di Klinik Bakti didapati positif, semua pekerja HL Rubber yang pernah mendapatkan rawatan di Klinik Bakti perlu menjalani ujian Covid-19.
"Ingin saya tegaskan bahawa isi kandungan mesej yang tular tersebut adalah tidak benar. Jadi saya mohon semua pihak tidak terus menyebarkan sebarang berita yang tidak benar bagi mengelakkan kejadian panik dalam kalangan orang awam," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, penyebaran maklumat palsu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) atau media sosial adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
" Jika didapati bersalah, mereka boleh disaman tidak lebih RM50,000 atau dipenjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya," katanya.
Artikel Berkaitan