SEREMBAN - Seorang kerani di sebuah ladang didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret Seremban hari ini selepas mengaku bersalah
atas pertuduhan membuat tuntutan palsu bayaran faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tahun lalu.
Majistret Norzaliza Tesmin menjatuhkan hukuman itu terhadap S Uma Devi, 24, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan terhadapnya dan memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda berkenaan.
Uma Devi dituduh membuat pernyataan palsu terlibat dalam kemalangan pada 11 Mei 2019, kira-kira jam 9.10 malam ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja di IOI Plantation Sdn Bhd Ladang Regent di Gemencheh, Tampin dekat sini.