Rusia hantar permohonan EUL vaksin Covid-19

Iklan
Rusia telah menghantar permohonan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Penyenaraian Penggunaan Kecemasan (EUL) dan prakelayakan vaksin Covid-19 'Sputnik V'. Foto 123RF

MOSCOW - Rusia telah menghantar permohonan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Penyenaraian Penggunaan Kecemasan (EUL) dan prakelayakan vaksin Covid-19 'Sputnik V', lapor agensi berita Xinhua.

Menurut kenyataan Dana Pelaburan Langsung Rusia (RDIF) pada Selasa, pendaftaran vaksin yang dipercepatkan di bawah prosedur EUL akan membolehkan vaksin Rusia tersedia di dunia lebih cepat daripada jangkaan, dan prakelayakan dan penilaian WHO mengenai kualiti, keselamatan dan keberkesanan ubat-ubatan akan memasukkan vaksin berkenaan dalam senarai panduan pembelian ubat secara pukal oleh agensi perolehan antarabangsa dan negara.

Iklan
Iklan

Vaksin tersebut, berdasarkan platform vektor adenovirus manusia, dibangunkan oleh Institut Penyelidikan Gamaleya Moscow dan dipasarkan oleh RDIF.

Rusia adalah negara pertama yang memberikan kelulusan peraturan untuk vaksin Covid-19 sebelum ujian berskala besar selesai. - Bernama

Iklan
Iklan