Bekas jurujual ayam didakwa pecah amanah

Iklan
Rosaidi (dua dari kiri) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuantan hari ini.

KUANTAN - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 18 pertuduhan pecah amanah bernilai RM113,263.50.

Tertuduh, Rosaidi Ismail, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Iklan
Iklan

Tertuduh yang ketika itu bekerja sebagai jurujual ayam mentah didakwa melakukan pecah amanah apabila tidak menyerahkan wang kutipan daripada pelanggan dan menggunakan wang tersebut bagi kegunaan sendiri.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah syarikat di Perkampungan Cenderawasih di sini pada 9 hingga 30 Januari lalu.

Iklan

Kes dituduh di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman dipenjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih empat belas tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Muhd Muhairi Mohd Noh, manakala tertuduh diwakili peguam Rusnizam Abdullah.

Iklan

Mahkamah membenarkan Rosaidi diikat jamin RM36,000 bagi semua pertuduhan, manakala sebutan semula kes ditetapkan 30 November depan.