Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kanan) berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat pra-kabinet di Istana Negara hari ini.
Dalam sesi menghadap lebih satu jam berkenaan yang bermula 8 pagi tadi, Al-Sultan Abdullah berkenan menerima taklimat ringkas berkenaan Belanjawan 2021 yang akan dibentang di Parlimen pada 6 Nov ini.