NCER bantu golongan hilang pekerjaan
Iklan
Mashitah (kiri) mengucapkan terima kasih kepada Fauzan (kanan) selepas menerima kit permulaan perniagaan setelah selesai mengikuti program JomNiaga Daerah Kuala Muda semalam.
SUNGAI PETANI - Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) menyasarkan lebih 1,800 peserta seluruh Kedah dan Perlis khususnya golongan B40 menyertai JomNiaga@NCER khususnya yang hilang punca pendapatan akibat wabak koronavirus (Covid-19).
Ketua Pejabat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) Kedah Perlis, Fauzan Ismail berkata, setakat ini seramai 609 individu telah diterima dan sedang menjalani kursus serta latihan secara percuma selain diberikan penempatan pekerjaan sejak September lalu.
Iklan
Iklan
Menurutnya, masih terdapat 1,200 kekosongan bagi mana-mana individu untuk menyertai program tersebut yang menawarkan lebih 10 jenis kursus dan latihan keusahawanan khususnya kepada golongan yang terjejas.
Fauzan Ismail
"Antara sasaran kita ialah golongan yang menerima impak akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dapat meningkatkan kemahiran atau menambah kemahiran baru bagi menjana pendapatan serta jaminan pendapatan sekaligus meneruskan kelangsungan hidup ke arah bidang keusahawanan," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika menyertai Mini Konvokesyen JomNiaga di Pusat empower NCER Daerah Kuala Muda di Bedong semalam.
Hadir sama merasmikan majlis, Pegawai Daerah Kuala Muda, Abdullah Hashim dan Presiden Pertubuhan Kemajuan Sosial Malaysia, Surain Kanda.
Iklan
Seramai 20 peserta yang berjaya menamatkan latihan menerima sijil pencapaian dan kit permulaan perniagaan membabitkan Kursus Pembuatan Pastri dan Roti, Penyediaan dan Pembuatan Makanan, Merekabentuk dan Pengeluaran Jahitan Kreatif serta Terapi Spa.
Katanya, program selama enam bulan itu merangkumi latihan yang dilaksanakan pihak penyedia latihan terpilih dengan bimbingan selama lima bulan atau latihan pihak syarikat bagi tujuan memastikan peserta mencapai objektif iaitu menjana pendapatan dalam masa singkat.
"Jadi peserta terpilih haruslah menepati syarat ditetapkan selain mampu memberikan komitmen sepanjang kursus.
"Kita juga mengalu-alukan mana-mana syarikat yang berminat menyediakan penempatan pekerjaan untuk menyertai program sama di mana insentif RM600 sebulan bagi seorang pekerja akan diberikan selama enam bulan dalam usaha menggalakkan membuka lebih banyak peluang pekerjaan," katanya.
Dalam pada itu, Fauzan berkata, sehingga kini sebanyak 19 syarikat telah membuat permohonan di mana 16 permohonan diluluskan merangkumi 130 penempatan pekerjaan telah berjaya diisi peserta JomNiaga.
Antara peserta JomNiaga Daerah Kuala Muda yang hadir ke Mini Konvokesyen di Pusat empowerNCER Daerah Kuala Muda di Bedong semalam.
Justeru, katanya, mereka yang berminat boleh hadir ke sesi temuduga di setiap pejabat daerah atau penghulu, pejabat NCER atau mendapatkan maklumat lanjut melalui https://www.ncer.com.my/jomkerja_jomniaga atau menghubungi talian 04-5030198 atau 04-5030199.
Sementara itu salah seorang peserta, Mashitah Azmi, 41, berkata, sejak kematian suami enam tahun lalu, dia bekerja sambil berniaga bagi menyara empat anak berusia enam hingga 15 tahun.
"Disebabkan PKP, saya hilang kerja dan tidak dapat berniaga kuih akibat banyak kedai tutup.
"Sejak menyertai JomNiaga@NCER, saya mula meningkatkan kemahiran serta keyakinan sehingga mampu menjana pendapatan semula melalui perniagaan kuih sejuk beku yang saya pasarkan sejak akhir-akhir ini," katanya.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam