KUCHING - Sepasukan anggota polis mulai memasang peralatan penghadang jalan bagi mengawal jalan masuk utama ke Kampung Haji Baki, di sini sejak jam 11.00 pagi tadi sebagai persiapan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula petang ini.
Tinjauan ke kampung berkenaan yang terletak kira-kira 13 kilometer (km) dari pusat bandar raya ini pada sekitar jam 12 tengah hari tadi mendapati laluan masuk itu masih sibuk dengan kenderaan penduduk yang keluar dan masuk menjalankan urusan harian.
Anggota polis melakukan persiapan di jalan masuk utama ke Kampung Haji Baki di sini susulan pelaksanaan PKPD di kampung itu bermula hari ini sehingga 11 November ini. - Foto Bernama