YADIM bantu mangsa COVID19

Iklan
Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan negeri Datuk Najmi Ahmad (dua, kiri) menyampaikan bantuan makanan kepada Pengarah Penjara Alor Setar Raja Mohd Amazon Raja Daud (kiri) hasil sumbangan pihak Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada Program Musa'adah YADIM di hadapan pos pengawal Penjara Alor Setar di sini hari ini.
Pada program tersebut sebanyak 600 pek barangan makanan diagihkan YADIM membabitkan 300 keluarga di Penjara Pokok Sena dan masing-masing 150 keluarga di Penjara Alor Setar dan Penjara Sungai Petani dengan kos keseluruhan sebanyak RM30,000.