KETUA jurulatih Khabib Nurmagomedov, Javier Mendez memberi bayangan hanya masa akan menentukan penampilan semula jaguh tempur berusia 32 tahun itu yang mengumumkan persaraannya Ahad lalu.
"Lihat sahaja emosinya, dia menangis, dia ada di mana-mana. Saya tahu dia mengatakan apa yang dia katakan, tetapi dia sangat emosional dan hanya masa akan menentukan sama ada ia akan bertahan dengan keputusannya atau sebaliknya.