KUALA SELANGOR - Gerak Maharela Malaysia mendesak polis menyiasat satu rakaman video yang didakwa menghina agama Islam serta membangkitkan isu sensitiviti perkauman di negara ini.
Yang Dipertuanya, Faisalkamal Ariffin berkata, tindakan itu perlu bagi memastikan individu yang didapati bersalah dikenakan tindakan tegas termasuk melucutkan kerakyatan negara ini.
Menurutnya, individu tersebut cuba membangkitkan api perkauman apabila cuba merendahkan martabat bahasa Melayu dengan menyokong penggunaan bahasa lain pada papan tanda.
"Individu terbabit turut menentang peruntukan Perlembagaan Persekutuan dengan menuntut hak sama rata antara kaum.
"Kenyataan ini jelas menggugat keharmonian dan keakraban masyarakat berbilang kaum," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di sini hari ini.
Seramai enam individu mewakili Gerak Maharela Malaysia membuat laporan polis pada jam 12.17 tengah hari tadi dengan berpakaian busana Melayu termasuk bertanjak.
Faisalkamal berkata, individu itu juga jelas mencabar kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.
"Kami amat kesal kerana individu terbabit yang mahu menggugat hak-hak istimewa kaum Melayu dan Bumiputera termasuk dakwaan kononnya ia melanggar keadilan, hak asasi manusia dan ajaran Tuhan," katanya.
Katanya, selain itu, pihaknya kesal apabila kandungan video itu turut menyebar tafsiran salah dan mengelirukan berkaitan Rukun Negara dan Raja-raja Melayu.
"Kerajaan diminta jangan bertolak ansur dengan sebarang kegiatan seperti dilakukan individu ini sama ada atas dasar agama mahu pun perkauman.
Satu klip video berdurasi 32 minit enam saat tular di media sosial telah mengundang rasa kurang senang beberapa pihak di negara ini didakwa berhubung perkara tersebut.