Remaja maut motosikal bergesel lori

Iklan
Mangsa disahkan maut di tempat kejadian selepas motosikal ditunggangi bergesel dengan sebuah lori.

TAPAH - Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangi bergesel dengan sebuah lori dalam kemalangan di Kilometer 0.5 Jalan Tapah-Cameron Highlands di sini hari ini.

Dalam kejadian sekitar jam 10 pagi itu, Kong Weng Kin, 19, beralamat dari Taman Tapah, Jalan Pahang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah dengan menunggang motosikal jenis Yamaha Ego seorang diri.

Menurutnya, sampai di tempat kejadian, kenderaan mangsa telah bergesel dengan sebuah lori tanpa muatan yang menuju ke arah sama sebelum terbabas ke bahu jalan.

Iklan

"Mangsa mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian tubuh badan dan disahkan maut di tempat kejadian.

"Pemandu lori berusia 40 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Iklan

Beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat.

"Kenderaan terlibat telah ditahan bagi tujuan pemeriksaan Puspakom dan siasatan diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.