PERSATUAN Bola Sepak Melaka United (MUSA) optimis dapat melengkapkan dokumen seperti diminta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum 31 Oktober ini bagi memastikan pasukan itu tidak berdepan risiko penyingkiran daripada Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.
Presidennya yang juga Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, segala dokumen yang diperlukan sedang diproses oleh persatuan untuk dihantar kepada badan induk bola sepak negara itu dalam tempoh terdekat.