Ibu syukur usaha kumpul dana untuk bedah anak dapat perhatian

Iklan
Adzly (duduk,kanan) bersama ahli Kelab Sukan Bermotor Semantan ketika mengunjungi Muhamad Iqram di kediamannya di Felda Jengka 23, hari ini.

JENGKA - Ibu kepada seorang kanak-kanak yang mengalami masalah ketulan daging tumbuh pada tubuhnya selepas insiden terkena percikan api beberapa tahun lalu melahirkan rasa syukur kerana usahanya mencari dana untuk kos pembedahan anaknya itu mula menampakkan hasil.

Suraya Abdul Manan,39, berkata, orang ramai mula memberikan sumbangan sejak kisah Muhamad Iqram Hashim,11, disiarkan oleh Sinar Harian, semalam.

Iklan
Iklan

"Syukur dan saya akan gunakan sumbangan orang ramai untuk pembedahan lengan anak secepat mungkin," katanya ketika ditemui susulan menerima kunjungan daripada 40 ahli Kelab Sukan Bermotor Semantan di kediamannya di Felda Jengka 23 di sini, hari ini.

Tambah Suraya, dia menarik nafas lega selepas nasib anaknya mula mendapat perhatian daripada orang ramai yang sudi memberikan sumbangan untuk anaknya itu menjalani pembedahan pada lengan terlebih dahulu.

Iklan

Difahamkan lengan Muhamad Iqram akan dipasang suatu alat berikutan tangannya tidak boleh diluruskan.

Menurut Suraya, dia akan segera berbincang dengan doktor bagi mendapatkan tarikh pembedahan secepat mungkin.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Ketulan di tubuh mengecut, kulit masih gatal

Ketulan daging tumbuh pada bahagian muka, tangan, telinga, dada dan paha Muhamad Iqram selepas insiden terkena percikan api dalam satu kejadian di Felda Kumai, Bera pada 2011 dan ketika itu dia baru berusia setahun.

"Terima kasih kepada Sinar Harian dan semua pihak yang sudi membantu," ujar wanita itu.

Dalam pada itu, sempena kunjungan ahli Kelab Sukan Bermotor Semantan itu, Suraya yang merupakan ibu tunggal turut menerima sumbangan wang tunai hasil kutipan ahli kelab tersebut.

Wakil kelab, Mohd Adzly Othman,43, berkata, mereka mengetahui mengenai Muhamad Iqram selepas kisah kanak-kanak itu tular di laman sosial, semalam.

"Jadi kami bersama-sama mahu membantu dengan menghulurkan sumbangan untuk meringankan beban keluarga adik ini.

"Semoga Muhamad Iqram cepat sembuh dan menjadi anak yang berjaya suatu hari nanti," katanya.