Kanak-kanak lemas jatuh tasik

Iklan
Mangsa lemas selepas tergelincir ke dalam tasik ketika bermain dengan dua lagi rakan.

Iklan
Iklan

KLANG - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun lemas dipercayai terjatuh di sebuah tasik di Bandar Puteri, di sini, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas, A Romzi Abu berkata, mangsa, Tan Wei Xiang yang beralamat di Taman Sentosa bermain di tepi tasik bersama dua lagi rakan sebelum tergelincir.

Iklan

Pihak bomba bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 4.59 petang.

"Sebuah jentera bersama tujuh anggota dari BBP Andalas tiba di lokasi jam 5.05 petang untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

Iklan

"Operasi turut dibantu lima anggota Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA) dari BBP Shah Alam dan BBP Pelabuhan Klang,” katanya ketika dihubungi.

Operasi mencari mangsa menghadapi kesukaran disebabkan arus deras di laluan masuk tasik.

"Mangsa ditemui kira-kira empat meter dari tempat dia terjatuh pada jam 6.59 petang.

"Mayat mangsa diserahkan kepada anggota polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.