BANGKOK - THAILAND. Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha masih mempertimbangkan sama ada akan bertanding pada pilihan raya umum negara itu yang akan diadakan 24 Mac depan, lapor agensi berita Xinhua.
Katanya, beliau masih mempunyai masa sehingga 8 Februari untuk membuat keputusan berhubung perkara itu.