Nelayan terjatuh dari jeti ditemukan lemas

Iklan
Mayat Muhammad Al-Shafiq dibawa naik oleh pasukan penyelamat di Jeti LKIM Endau, Mersing petang tadi.

MERSING - Seorang nelayan yang dilaporkan lemas akibat terjatuh di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan (LKIM) Endau di sini pagi tadi, ditemukan sudah meninggal dunia petang tadi.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Endau, Penolong Penguasa Bomba Mohd Alias Hussin berkata, mayat Muhammad Al-Shafiq Abdul Rosool, 25, ditemui kira-kira jam 4.17 petang.

Iklan
Iklan

"Mayat mangsa ditemui pada jarak lima meter dari lokasi mangsa terjatuh. Mangsa berjaya dibawa ke darat dan diserahkan kepada polis untuk tidakan lanjut," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut maklumat saksi, mangsa terjatuh ke dalam sungai ketika cuba melompat dari jeti ke bot dan terus tenggelam.

Iklan

Menurut Mohd Alias, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.30 pagi tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Nelayan dikhuatiri lemas, terjatuh dalam sungai

Iklan