Mahu berkongsi rezeki dengan mereka terjejas

Iklan
Noor Saiful Amri teruja ingin menyertai Peraduan Sinar Harian Di Hatiku kerana hadiah yang ditawarkan amat lumayan.

PONTIAN - Seorang usahawan tani di Kampung Parit Hasan di sini mengakui teruja menyertai Peraduan Sinar Harian Di Hatiku kerana hadiah-hadiah yang ditawarkan amat lumayan.

Noor Saiful Amri Suloh, 36, berkata, sekiranya memenangi peraduan itu, beliau mahu berkongsi rezeki dengan golongan memerlukan.

Iklan
Iklan

Katanya, ketika negara dilanda pandemik koronavirus (Covid-19), ramai antara kita yang hilang punca pendapatan.

"Dari situ saya lihat makin ramai memerlukan bukan sahaja barang keperluan harian dan makanan, tetapi juga dari segi ekonomi.

Iklan

"Justeru, saya merasakan mereka perlu dibantu dan disantuni bagi mengurangkan beban yang ditanggung,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini semalam.

Jelasnya, Peraduan Sinar Harian Di Hatiku yang dianjurkan oleh akhbar Sinar Harian tepat pada masanya.

Iklan

"Sinar Harian menjadi pilihan akhbar saya sejak dahulu lagi. Peraduan yang diadakan kali ini pastinya akan membuka peluang kepada pembaca untuk memenangi hadiah.

"Soalan dikemukakan juga tidak susah kerana lebih kepada lokasi-lokasi menarik di negara ini. Mudah-mudahan ada rezeki saya untuk menang dan niat saya berkongsi rezeki dengan orang lain tercapai,” katanya.