Ciapan Dr Mahathir agungkan keganasan langgar peraturan Twitter

Iklan
Dr Mahathir

SHAH ALAM - Twitter telah melabelkan ciapan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai melanggar peraturan kerana didapati mengagungkan keganasan ekoran kritikan keras terhadap kejadian pembunuhan di Perancis yang mengaitkan dengan Islam.

Menerusi ciapan yang dibuat pada pukul 6.47 petang itu, akaun Twitter Ahli Parlimen Langkwi itu @chedetofficial telah mendapat reaksi dari dalam dan luar negara.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, satu daripada 13 ciapan yang dibuat itu didapati terlalu sensitif oleh Twitter dan didapati melanggar peraturan laman media sosial tersebut.

Dr Mahathir mengatakan bahawa orang Islam berhak untuk marah dan membunuh berjuta-juta rakyat Perancis kerana pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan pada masa lalu.

Iklan

"Tetapi secara umum umat Islam tidak melaksanakan undang-undang 'eye for an eye' (balasan serupa bagi perbuatan jenayah yang dilakukan).

"Orang Islam tidak lakukannya. Orang Perancis juga tidak seharusnya buat perkara yang sama. Sebaliknya orang Perancis harus mengajar rakyatnya untuk menghormati perasaan orang lain," katanya menerusi kenyataan yang boleh dibaca di laman blog chedet.cc.

Iklan

Dr Mahathir berkata demikian bagi membidas tindakan Macron berhubung kenyataannya berkaitan pembunuhan seorang guru di negara itu.

Macron mencipta kontroversi apabila beliau secara sinis menyatakan Islam adalah sebuah agama yang dilanda krisis di seluruh dunia.

Kenyataan Macron minggu lepas itu dibuat sebagai respons kepada pembunuhan seorang guru, Samuel Paty, di luar sekolahnya yang terletak di pinggir bandar Paris awal bulan ini, selepas mangsa menunjukkan karikatur Nabi Muhammad dalam kelas semasa mengajar topik mengenai kebebasan bersuara.

Guru itu menjadi sasaran kempen kebencian dalam talian berhubung pemilihan bahan pengajaran iaitu gambar sama yang mencetuskan insiden serangan berdarah oleh lelaki bersenjata di pejabat majalah satira Charlie Hebdo pada 2015.

Dalam pada itu, Mahathir berkata, Macron tidak menunjukkan bahawa beliau seorang yang beradab dan disifatkan sebagai seorang primitif

Dia sangat primitif dalam menyalahkan agama Islam dan orang Islam atas pembunuhan guru sekolah yang menghina itu."

"Itu tidak sesuai dengan ajaran Islam tetapi tanpa mengira agama yang dianuti, orang yang marah membunuh.

"Orang Perancis dalam sejarah mereka telah membunuh berjuta-juta orang. Ramai yang beragama Islam," katanya.