Sentuhan Jota mula beri impak positif

Iklan
Alexander-Arnold akui kehadiran Jota memberikan lebih impak positif kepada jentera depan Liverpool.

PEMAIN pertahanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold memuji rakan sepasukan baharu The Reds, Diogo Jota selepas tampil cemerlang membantu kelab Inggeris itu mengatasi FC Midtjylland, 2-0 pada saingan Liga Juara-Juara di Anfield kelmarin.

Menurutnya, itulah karakter yang Liverpool mahu daripada setiap pemain baharu dan Jota membuktikannya dalam dan luar padang.

Iklan
Iklan

"Jota memberikan komitmen dan kerjasama yang baik kepada kami. Saya percaya kami semua menyedari kelebihan Jota ketika menentang Wolves dalam beberapa musim kebelakangan ini.

"Oleh itu, memiliki Jota dalam membawa cabaran kelab sekarang adalah sesuatu yang membuatkan pemain-pemain lain lebih bersemangat.

Iklan

"Kini dia sentiasa giat meningkatkan prestasinya supaya lebih kompetitif, moga berjalan lancar dan mudah-mudahan lebih banyak gol serta lebih banyak kejayaan diciptanya di Anfield,” katanya.

Anak buah Jurgen Klopp yang kini berada pada kedudukan kedua liga dengan 13 mata selepas mengharungi enam perlawanan dijadualkan meneruskan kempen mempertahankan kejuaraan liga awal pagi Ahad ini apabila menanti kunjungan West Ham United di Stadium Anfield.

Iklan