Alvin ditahan di bawah POCA

Iklan
Alvin sebelum ini dilaporkan ditangkap di sebuah pusat peranginan di luar Lembah Klang bersama seorang wanita dipercayai teman wanitanya. Gambar kecil: Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid

KUALA LUMPUR - Suspek utama kes pengubahan wang haram Goh Leong Yeong atau Alvin Goh ditahan semula mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 selepas tempoh remannya tamat hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, suspek ditahan mengikut POCA selepas tempoh remannya membabitkan Seksyen 4 (1) (c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 tamat hari ini.

Iklan
Iklan

"Permohonan reman POCA akan dimohon di Mahkamah Kuala Lumpur esok bagi membantu siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Alvin Macau Scam akhirnya kena cekup

Iklan

Pada Selasa lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed mengesahkan Alvin ditangkap di sebuah pusat peranginan di luar Lembah Klang bersama seorang wanita dipercayai teman wanitanya sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.

Pada 11 Oktober lalu, media melaporkan suspek dikatakan meloloskan diri dengan memanjat pagar belakang bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dengan sebuah kenderaan yang menunggunya di luar pagar.

Iklan

Difahamkan, ketika kejadian, lelaki itu bersama tiga lagi suspek dalam proses diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan berhubung kegiatan judi dalam talian dan penipuan Macau Scam.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua pengawal peribadi bantu 'Datuk Seri' loloskan diri