376 institusi pendidikan di Johor Bahru ditutup

Iklan
Sebanyak 376 institusi pendidikan di seluruh Johor Bahru ditutup dari 1 sehingga 14 November ini berikutan daerah ini diisytiharkan sebagai kawasan zon merah oleh KKM.

JOHOR BAHRU - Sebanyak 376 institusi pendidikan di seluruh Johor Bahru ditutup dari 1 sehingga 14 November ini berikutan daerah ini diisytiharkan sebagai kawasan zon merah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan hari ini berkata, arahan itu membabitkan sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah swasta, institut pendidikan guru, sekolah vokasional dan kolej.

Iklan
Iklan

"Bilangan ini merangkumi sekolah rendah dan menengah di bawah KPM, Institusi Pendidikan Guru serta sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM. Semuanya di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Johor Bahru, PPD Pasir Gudang dan PPD Kulai.

"Sekolah dan institusi yang mempunyai asrama juga ditutup. Ibu bapa atau penjaga perlu mengambil pelajar yang tinggal di asrama tersebut untuk pulang," jelas kenyataan tersebut yang dikeluarkan hari ini.

Iklan

Menurut kenyataan itu, pelajar yang menunggu untuk diambil ibu bapa atau ingin terus kekal berada di asrama sekolah dan institusi sepanjang tempoh penutupan akan berada di bawah penjagaan warden asrama.

Katanya, keperluan makan dan minum pelajar sepanjang tempoh tersebut akan disediakan oleh pihak sekolah dan institusi berkenaan.

Iklan

"Bagi murid-murid yang perlu menduduki peperiksaan antarabangsa seperti yang dijadualkan sepanjang tempoh penutupan institusi pendidikan, mereka hendaklah mendapatkan surat dari sekolah masing-masing untuk menghadiri peperiksaan," jelas kenyataan itu.

Sepanjang tempoh penutupan tersebut, pentadbir sekolah serta semua institusi pendidikan diarah untuk memastikan guru-guru, tenaga pengajar serta pelajar melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah.

Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh dimuat turun di portal rasmi KPM www.moe.gov.my.

KPM memaklumkan, pihaknya sentiasa memantau situasi di seluruh negara serta sentiasa bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan.

Tambah kenyataan itu, sebarang pemakluman berhubung penutupan sekolah dan institusi akan dibuat dari semasa ke semasa.