KUALA LUMPUR - Taufan Goni yang bergerak ke arah barat daya dengan kelajuan 20 kilometer sejam (km/j) dikesan di kedudukan 815km ke tenggara Luzon, Filipina, berdasarkan pemerhatian pada jam 8 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang mengeluarkan notis Nasihat Taufan hari ini menyatakan kelajuan taufan itu boleh mencecah 213 km/j.