Wolves fokus setiap perlawanan bukan kedudukan liga

Iklan
Rayan Ait-Nouri ketika meraikan jaringan bersama pemain Wolves lain.

PENGENDALI Wolves, Nuno Espirito Santo mahu pemain-pemainnya mengekalkan tahap konsistensi pada tahap terbaik selepas mengalahkan Crystal Palace 2-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Molineux.

Malah menurut pengendali berusia 46 tahun itu, status kedudukan terkini Wolves dalam saingan liga juga tidak memberikan kelebihan kepada kelab berkenaan.

Iklan
Iklan

"Sejujurnya saya tidak melihat kepada kedudukan Wolves dalam saingan liga selepas kemenangan ke atas Crystal Palace. Ya, kemenangan ini penting namun ia tidak akan memberi sebarang makna pada masa ini.

"Paling penting selepas perlawanan ini adalah pemain-pemain Wolves perlu mengekalkan fokus dan prestasi sentiasa berada pada tahap terbaik.

Iklan

"Sebenarnya cabaran untuk kelab seperti Wolves ini adalah perlawanan tanpa penonton. Ini kerana beraksi tanpa penonton sememangnya memerlukan pemain-pemain fokus sepanjang perlawanan kerana Molineux tidak memiliki sebarang kelebihan tanpa pemain ke-12," katanya.

Anak buah Nuno Espirito Santo melakar kemenangan keempat liga hasil jaringan Rayan Ait-Nouri minit ke-18 dan Daniel Podence (27') sekali gus meletakkan kelab itu pada kedudukan ketiga dengan 13 mata sehingga perlawanan semalam.

Iklan

Pada masa sama, Nuno Espirito Santo mengakui pemain-pemain Wolves sudah mula melupakan episod keputusan seri 1-1 ketika melayan kunjungan Newcastle United sebelum ini.

"Jelas kami mula meningkat selepas perlawanan terakhir menentang Newcastle, setiap perlawanan di liga sangat sukar, paling penting memulakan permainan dengan momentum positif seterusnya menjaringkan gol.

"Kami bermula dengan sangat baik, kami berjaya mengimbangi keseluruhan jentera Crystal Palace pada perlawanan ini tetapi dalam bola sepak ini sebenarnya bukan semua yang anda mahukan tetapi yang anda boleh lakukan untuk kelab.

"Kami tidak dapat menjangkakan pengakhiran setiap perlawanan, namun pada perlawanan ini pemain-pemain Wolves komited, bersemangat dan bermotivasi untuk menjadikan diri kami lebih baik," katanya.