Alvin direman 21 hari di bawah POCA

Iklan
Alvin sebelum ini dilaporkan ditangkap di sebuah pusat peranginan di luar Lembah Klang bersama seorang wanita dipercayai teman wanitanya. Gambar kecil: Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid

KUALA LUMPUR - Suspek utama kes pengubahan wang haram Goh Leong Yeong atau Alvin Goh direman 21 hari mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, perintah reman itu bermula hari ini sehingga 20 November bagi membantu siasatan berhubung sindiket Macau Scam dan perjudian dalam talian.

Iklan
Iklan

"Perintah reman dibacakan terhadap suspek di Lokap Berpusat Jinjang di sini pagi tadi," katanya dalam kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Alvin ditahan di bawah POCA

Selasa lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed mengesahkan Alvin ditahan di sebuah pusat peranginan di luar Lembah Klang bersama seorang individu dipercayai teman wanitanya sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Kuala Lumpur.

Iklan

Pada 11 Oktober lalu, media melaporkan suspek dikatakan melarikan diri dengan memanjat pagar belakang bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dengan sebuah kenderaan yang menunggunya di luar pagar.

Difahamkan ketika kejadian, lelaki itu bersama tiga lagi suspek diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan berhubung kegiatan judi dalam talian dan penipuan Macau Scam.

ARTIKEL BERKAITAN: Alvin Macau Scam akhirnya kena cekup

Iklan