Ibu selamatkan empat anak sebelum maut ditimpa runtuhan bangunan

Iklan
Bangunan dua tingkat didiami mangsa runtuh.

LUCKNOW - INDIA. Seorang wanita hamil sempat menyelamatkan nyawa empat anaknya sebelum maut ditimpa runtuhan bangunan di Ghaziabad, semalam.

Kediaman dua tingkat didiami mangsa runtuh dalam kejadian kebakaran berpunca daripada letupan gas di tingkat bawah yang dijadikan kedai roti diusahakan oleh suaminya.

Iklan
Iklan

Insiden berlaku pada jam 12.30 tengah hari (waktu tempatan).

Polis berkata, saksi melihat Fatima yang hamil lapan bulan menghumban anak-anaknya dari balkoni sebelum pengsan.

Iklan

Malangnya, bangunan tersebut runtuh sebelum wanita berusia 27 tahun itu sempat diselamatkan.

"Fatima terperangkap di tingkat atas. Suaminya berkata wanita terbabit sukar berjalan kerana sarat mengandung.

Iklan

"Tetapi dia sempat menghumban keluar empat anaknya dan disambut orang ramai," kata polis.

Anak lelaki dan perempuan mangsa berusia sembilan dan tujuh tahun cedera ringan dalam kejadian itu.

Dua lagi anak perempuan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan. - Agensi