Persiapan pusat penempatan transit sementara

Iklan

Anggota RELA dan petugas Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Labuan di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Labuan, melakukan persiapan pusat penempatan transit sementara ketika tinjauan di Dewan Serbaguna Taman LDA Labuan dan juga Dewan Taman Mutiara Sg Bedaun, hari ini.

Pusat penempatan transit sementara ini diwujudkan bagi pesakit COVID-19 yang telah sembuh sepenuhnya namun rumah kediaman mereka masih dalam kawasan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Iklan
Iklan

Kedua-dua pusat itu menempatkan lebih kurang 80 orang dalam satu masa.

Dalam pada itu, keprihatinan dan kerjasama daripada pihak syarikat korporat dan NGO menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR) banyak membantu sepanjang penularan COVID-19 di Labuan, dengan memberikan bantuan berupa keperluan peralatan dapur, tilam, bantal dan juga keperluan barang makanan.

Iklan
Iklan