TERENGGANU Football Club (TFC) Sdn Bhd sudah merangka beberapa strategi bagi mengembalikan semula kegemilangan bola sepak negeri dan menjana pendapatan kukuh untuk kelab.
Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Ab Rasid Jusoh berkata, menjadi hasrat utama pihak pengurusan untuk meletakkan TFC sebagai pasukan nombor satu di persada bola sepak negara sekali gus mengulangi semula kejayaan Terengganu menjulang Piala Malaysia pada 2001.