Ancelotti jadikan permainan Everton semakin matang

Iklan
Doucoure (kanan) bersaing dengan tonggak Liverpool, Thiago Alcantara pada aksi liga di Goodison Park, 17 Oktober lalu.

PEMAIN tengah Everton, Abdoulaye Doucoure menyifatkan persepsi semua pihak pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) terhadap The Toffees sudah berubah selepas kehadiran pengendali dari Itali, Carlo Ancelotti ke Goodison Park.

Menurut pemain Perancis berusia 27 tahun itu, ramai pihak sebelum ini menyifatkan kelab itu tidak berupaya bersaing dalam kelompok enam terbaik berdasarkan situasi beberapa musim lalu.

Iklan
Iklan

"Saya percaya ramai pihak termasuk penyokong The Toffees tentu sahaja tidak menyangka kedudukan Everton dalam saingan EPL pada ketika ini berdasarkan perjalanan kelab ini musim lalu.

"Namum situasi yang berlaku sekarang sudah berubah Everton tidak lagi berada dalam kedudukan ketujuh liga, sebaliknya berada dalam kelompok enam terbaik ketika saingan sedang berjalan baru beberapa perlawanan,” katanya yang menyertai Everton dari Watford.

Iklan

Everton mulakan saingan liga musim ini dengan momentum positif apabila berada pada kedudukan teratas liga selepas mengharungi enam perlawanan.

Biarpun tampil dengan status bukan pilihan dan bajet terhad musim ini, Ancelotti berjaya merekrut beberapa pemain bintang seperti James Rodriguez dan Allan dalam memperkuatkan jiran tetangga Liverpool itu.

Iklan

Everton bakal berkunjung ke St James Park bagi menentang Newcastle United malam esok dalam misi memburu motivasi kemenangan kelima liga selepas tumpas 2-0 kepada Southampton di St Mary's pada Ahad lalu.

Tambah Doucoure, gaya permainan The Toffees semakin matang di bawah kendalian Ancelotti sejak kebelakangan ini.

"Everton umpama sebuah kelab yang meniti kedewasaan dengan ketenangan dipacu pengendali yang matang dan berpengalaman.

"Kami juga mempunyai barisan pemain-pemain baharu dan lama yang menjadi taruhan besar bagi bersaing dengan kelab gergasi liga Inggeris lain,” katanya.