Pilihan raya hanya selepas Covid-19 reda: Saifuddin

Iklan
Saifuddin

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berpandangan sebaiknya sebarang pilihan raya diadakan selepas penularan pandemik koronavirus (Covid-19) di negara ini berakhir.

Ini katanya, bagi memastikan penyertaan sepenuhnya rakyat yang sekarang ini terikat dengan kawalan pergerakan dan prosedur operasi standard (SOP).

Iklan
Iklan

"Kita nak pilihan raya itu bebas dan adil serta seterbuka yang mungkin. Itu hasrat demokrasi, tapi kalau banyak sangat SOP dan banyak sangat kawalan, masihkah demokrasi itu terpelihara dalam konteks pilihan raya yang terkawal,” katanya dalam Temu Bual Khas bersama Buletin Awani hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata langkah terbaik buat masa ini ialah"ditiadakan” pilihan raya.

Iklan

"Bukan nak mengelakkan pilihan raya tetapi menangguhkannya. Mungkin satu caranya ialah mengisytiharkan darurat di kawasan tersebut, tetapi bukan untuk politik... untuk memastikan rakyat boleh berpartisipasi (turut serta) sepenuhnya dan sebaik-baiknya dalam proses pilihan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai persediaan yang perlu dilakukan oleh kerajaan bagi menghadapi pilihan raya.

Iklan

Untuk rekod, Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan Pilihan Raya Kecil Batu Sapi di Sabah pada 5 Disember ini. Selain itu, Sarawak juga bakal mengadakan pilihan raya negeri apabila penggal semasa Dewan Undangan Negerinya tamat pada 7 Jun 2021. - Bernama