Bapa tunggal tak mampu hantar empat anak ke sekolah
Iklan
Ahmad Hambali (kanan) menyerahkan bantuan makanan asas ketika melawat Hamdi di Pokok Sena baru-baru ini.
ALOR SETAR - Akibat desakan hidup seorang bapa tunggal empat anak tidak mampu menghantar semua anaknya ke sekolah malah dua daripada mereka terpaksa bekerja untuk menampung kehidupan.
Hamdi Hamid, 55, berkata, dia juga bergantung harap kepada gaji anak-anak kerana tidak mampu bekerja dan perlu menjalani dialisis akibat masalah buah pinggang.
Iklan
Iklan
Menurut bapa kepada empat anak berusia antara tiga hingga 17 tahun itu, anak sulungnya sudah tidak bersekolah sejak Tingkatan Tiga dan kini bekerja di kedai makan dengan upah antara RM25 hingga RM30 sehari untuk menyara keluarga.
"Anak kedua yang berusia 15 tahun bantu juga cari rezeki dengan bekerja di sebuah bengkel kereta.
Iklan
"Anak ketiga, Putera Ashraf berusia 7 tahun pula ingin bersekolah seperti kanak-kanak seusianya tetapi saya tidak mampu untuk hantar dan ambil dia," katanya ketika menerima lawatan Pegawai Zakat Daerah Pokok Sena (PZDPS), Ahmad Hambali Mohd Puat baru-baru ini.
Ahmad Hambali berkata, pihaknya bersimpati melihat kehidupan keluarga itu yang menyewa sebuah rumah di Pokok Sena tanpa kemudahan termasuk bilik tidur pada harga RM250 setiap bulan.
Iklan
"Kita difahamkan anak-anak Hamdi ada yang tidak bersekolah walaupun umur masih muda dan kita terpanggil untuk melihat sendiri situasi mereka. Zakat Kedah akan berikan bantuan mengikut keperluan keluarga ini.
"Selain itu kita juga sediakan bantuan pakaian seragam sekolah dan akan memanjangkan perkara ini kepada pihak yang berkenaan," katanya.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam