Rumah sewa jadi pusat operasi judi

Iklan
Dzullhairi (kiri) menunjukkan barangan yang dirampas dalam satu serbuan melibatkan judi dalam talian selepas sidang akhbar di IPD Iskandar Puteri hari ini.

ISKANDAR PUTERI - Polis menyerbu sebuah rumah di Taman Bukit Indah di sini yang disyaki menjadi lokasi operasi judi dalam talian dan menahan tujuh individu tempatan termasuk empat wanita semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kesemua suspek berusia 18 hingga 25 tahun ditahan pada jam 1 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, polis turut merampas pelbagai peralatan dipercayai digunakan dalam perjudian termasuk komputer, telefon bimbit, buku nota, kad mesin juruwang automatik (ATM) dan 59 kertas putih tercatat urus niaga judi dalam talian.

"Sindiket itu dipercayai menyewa rumah bagi mengelakkan operasi judi yang beroperasi kira-kira sebulan lalu itu dikesan pihak berkuasa.

Iklan

"Walaupun baru sahaja beroperasi, pusat ini sudah melakukan transaksi lebih RM6,000 melibatkan sehingga 30 individu," katanya dalam sidang media di IPD Iskandar Puteri di sini hari ini.

Katanya, kesemua yang ditahan tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan mereka direman dua hari sehingga esok untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Iklan

Dalam pada itu, Dzulkhairi meminta pemilik rumah sewa mengambil tahu mengenai individu yang menyewa di premis mereka serta aktiviti yang dilakukan dan bukan hanya memikirkan keuntungan semata-mata.

"Sejak Op Dadu dilakukan awal tahun hingga bulan lalu, polis sudah melakukan 79 serbuan dan menahan 158 individu berusia 17 hingga 60 tahun

Jelasnya, dalam tempoh tersebut, polis sudah merampas 270 peralatan dipercayai digunakan dalam aktiviti perjudian yang dianggarkan bernilai RM25,388.

"Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 16 kertas siasatan dibuka serta 10 buah premis telah dipotong bekalan elektrik oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB)," ujarnya.

Serbuan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri.